Raikan kejayaan single pertama artis Wonder Wave Records iaitu single #OneShot yang menggabungkan Maldini Sidney, Lotter dan Felix Agus.

OneShot Mega Showcase akan diadakan di Aramaite Frenz Pub, Jalan Peel, Kuala Lumpur pada 29 Julai 2023 (Sabtu) 11 malam hingga 3 pagi.

  • Info Tiket
  • Redemption
  • Terma & Syarat
  • Penganjur
  • Tiket akan mula dijual secara rasmi bermula 5 Jun 2023 di web wonderwaverecords.com.
  • Pembelian minima ialah satu (1) tiket dan maksimum sebanyak lima (5) tiket untuk setiap transaksi. Harga tiket adalah seperti berikut:-
    Tiket OneShot Silver RM49 (tiket masuk Zon 6, 7 & 8) Backer + ‘Exclusive Gift’ WonderWave Body Perfume)
    Tiket OneShot Gold RM69 (tiket masuk Zon 1, 2 & 3) Frontier + Exclusive Gift’ WonderWave Body Perfume)
    *OneShot Mega Showcase Limited Edition T-Shirt untuk 100 pembeli terawal tiket OneShot Gold RM69 atau boleh dibeli pada harga RM49 sehelai.
    *pembelian 4 tiket di dalam satu transaksi, akan menikmati potongan harga istimewa bagi setiap tiket. sila masukkan kod diskaun BUY4 untuk menikmati harga diskaun (‘auto discount’ ketika ‘payment checkout’).
  • Bagi pengunjung walk-in, tiket akan dijual sehingga 29 Julai 2023 sehingga tengah malam (1 pagi 30 Julai 2023). Pengunjung walk-in selepas 1 pagi akan dikenakan bayaran masuk biasa oleh pihak Aramaite Frenz Pub dengan harga RM20 seorang.
  • Untuk pembelian tambahan ‘Exclusive Gift’ sama ada WonderWave Body Perfume atau OneShot Mega Showcase Limited Edition T-Shirt, boleh dibeli di kaunter ‘Redemption’. Pembelian di WonderShop juga boleh dilakukan secara berasingan.
    WonderWave Body PerfumeRM35
    OneShot Mega Showcase Limited Edition T-ShirtRM49

    Latest update: 4th June 2023
  • Dua (2) jenis tiket akan dijual dan adalah terhad mengikut ketersediaan/kapasiti tempat.
    Bahagian depan (frontier) untuk pemegang tiket OneShot Gold RM69
    Bahagian tengah – belakang (backer) untuk pemegang tiket OneShot Silver RM49
  • Untuk pembelian tiket secara online (Ticket Redemption)
    (tiket fizikal disediakan selain e-tiket sebagai tanda kenangan)
  • Ticket Redemption Info:
  • Tarikh : 28 Julai 2023 (Jumaat)
    Masa : 8 malam – 12 tengah malam
    Tempat : Aramaite Frenz Pub, Jalan Peel, Kuala Lumpur
  • Tarikh : 29 Julai 2023 (Sabtu)
    Masa : 7 malam – 12 tengah malam
    Tempat : Aramaite Frenz Pub, Jalan Peel, Kuala Lumpur

    Latest update: 4th June 2023
  • Semua tiket akan dijual melalui transaksi online. Kod pengesahan pembelian akan dihantar bagi semua transaksi yang berjaya.
  • Hanya transaksi yang berjaya akan menerima E-tiket yang seterusnya perlu ditebus kepada tiket fizikal untuk mendapat ‘Exclusive Gift‘ pada tarikh dan masa yang dinyatakan. Tiada caj dikenakan untuk penukaran tiket fizikal.
  • Tiket adalah pas masuk ke OneShot Mega Showcase. Anda boleh memilih tempat atau meja mengikut ketersediaan meja (non-reserved space) mengikut zon jenis tiket anda.
    Zon Frontier dikhaskan untuk pemegang tiket OneShot Gold RM69.
    Zon Backer dikhaskan untuk pemegang tiket OneShot Silver RM49.
  • Tiket yang dijual adalah mengikut kapasiti tempat showcase dan logistik tempat diuruskan oleh Aramaite Frenz Pub.
  • ‘Special VIP Table’ akan disediakan berdasarkan tempahan awal dan akan dikenakan caj tambahan.
  • Pemulangan atau penjualan semula tiket oleh pihak ketiga adalah tidak dibenarkan. Kod QR E-Tiket akan didaftarkan dan disemak mengikut nama yang didaftarkan mengikut kad pengenalan diri atau ‘passport’. Sekiranya pemilik tiket ingin menukar nama pemilik tiket, transaksi boleh dilakukan dengan menghubungi wakil Wonder Wave Records.
  • Tiket yang telah dijual tidak boleh dikembalikan (No Refunds) namun penukaran nama pemilik tiket dibenarkan. Pembatalan atau refund hanya akan berlaku jika ‘showcase’ dibatalkan oleh pihak penganjur.
  • Sila pastikan semua maklumat telah diisi dengan betul sebelum membuat pengesahan. Ini bagi mengelakkan kekeliruan atau penolakan sistem tiket ketika penebusan tiket fizikal.
  • Tiket yang hilang atau rosak (tanpa kod QR) akan dianggap terbatal dan tiada penggantian akan dilakukan. Sila pastikan tiket anda disimpan dalam keadaan rapi.
  • Semua data anda adalah tertakluk kepada PDPA, privasi data peribadi anda tidak akan digunakan untuk tujuan lain.
  • Sila pastikan e-mel anda adalah betul bagi mengelakkan sebarang kesulitan ketika sistem tiket kami menghantar komunikasi kepada anda.
  • Kanak-kanak adalah dilarang masuk ke dalam Aramaite Frenz Pub. Hanya pengunjung yang berumur 18 tahun ke atas dibenarkan masuk. Pengunjung juga dilarang keras membawa atau menggunakan sebarang barang terlarang yang menyalahi undang-undang Malaysia dan pihak berkuasa tempatan.
  • Pengunjung haruslah memenuhi kehendak semasa endemik dan lengkap vaksinasi yang diperlukan oleh pihak berkuasa kesihatan. (completed 14 days after 2 doses of vaccine (Pfizer, Astra Zeneca, Sinovac), or 28 days after 1 dose of vaccine (Johnson & Johnson, CanSino).
  • Info tambahan berkaitan showcase atau tiket akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Latest update: 4th June 2023

  • Penganjur: Acara ini dipersembahkan oleh Wonder Wave Records Malaysia
  • Venue: Aramaite Frenz, Kuala Lumpur
  • Penaja Utama: Aramaite Frenz, Wonder Wave Media Network
  • Rakan Penaja (co-sponsor): baek marketplace
  • Disokong oleh: Odeyo Stream, 11Mag
  • Sebarang pertanyaan, sila hubungi penganjur:-
    Adam Castelo (PR/ Artist Manager) – +6012-643 7943
    Tiket Hotline e-mail: ticket@wonderwaverecords.com

    Latest update: 15th June 2023
Muzik Video Rasmi ONE SHOT – Lotter, Felix Agus & Maldini Sidney

Lain-lain terma & syarat akan dikemaskini dari masa ke semasa (latest update 4th June 2023).